Powered By Blogger

MAJLIS KENDURI GOTONG ROYONG PERKAHWINAN ANAK MOHD ISA

Tarikh : 26 & 27 Mac 2010 (SABTU)
Tempat : No. 42, Taman Impiana, K.Kangsar.
Tuan Rumah : En. Mohd. Isa

Info:
Penduduk Taman Impiana K.Kangsar telah bersepakat melaksanakan kenduri secara bergotong-royong setiap kali ahli-ahli taman mengadakan kenduri perkahwinan. Budaya gotong-royong dan berkerjasama perlu dihidupkan kembali bagi mengekalkan warisan nenek moyang kita masa dulu.
Budaya sebegini perlu dihidupkan kembali kerana ianya banyak memberi manfaat kepada kita. Selain daripada dapat mengeratkan silaturrahim, gotong royong juga dapat meringankan beban tuan rumah dari sudut tenaga dan kewangan.
Walaupun keletihan, namun semua rakan-rakan yang terlibat berpuas hati dengan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Semoga keikhlasan rakan-rakan menjayakan gotong-royong ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.....amiiiin.

En. Mohd. Isa (tuan rumah) sedang bergaya dengan pakain baju melayu.
Pn. Salamiah bt Abd. Ghaffar (isteri Mohd Isa) berpakaian sedondon dengan anak perempuannya.
Kawasan letak kereta yang berhampiran dengan rumah kenduri.
Gotong-royong menyiang daging di perkarangan Surau l-Husna bermula pada Jumaat jam 3 ptg.

Ustaz Asmawi bersama Cikgu Mior Amir turut sama bertugas.

En. Omar dan En. Bakhari sedang memerhati Din Bulu dan En. Yusri membasuh daging.
Kaum wanita yang diketuai oleh Pn. Laila (berbaju merah) sedang menyediakan menu daging masak hitam.

Ust. Nazri bersama En. Karim sedang menyediakan sup power gear box.

Sebelah malam sebelum hari kenduri masing-masing sibuk membuat persiapan.

Berbual-bual dengan rakan-rakan setelah penat bekerja. Yang tunjuk peace tu Pn. Salmah (isteri Cgu Zakaria), di tengah tu isteri Ust. Fakhurrozi dan berudung hijau isteri kepada Ust. Baizid.
Pn. Azizah bersama Pn. Asiah & rakan-rakan sibuk menyiapkan hidangan tambahan sepanjang kenduri tersebut.
Pn. Salmah dan Pn. Laila mengagihkan makanan kepada petugas.
Rakan-rakan yang bertugas membasuh pinggan.
Duduk berehat sebentar sementara menunggu gelas yg hendak dibasuh sampai. Ustaz Asmawi (baju biru), Ustaz Sobirin(cucuh rokok daun), Encik Mat, Encik Azhar Kontraktor dan Encik Bakhari.
Sempat posing bersama kwn2. En. Amri(baju merah) bertugas sebagai Bentara, baju biru tu teman le, tengah minum tu Ustaz Baizid, di belakang En. Hafiz (big size), En. Kamaruzaman (baju coklat), En. Sukardi (belang) dan Ustaz Faizul.

Antara tetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan tersebut.
Amirah Nu'aimi (anak teman) dan Adik Meriam (anak Ust. Baizid) bertugas menceduk hidangan kepada tetamu.
En. Yusri (tauke telur) dan anak En. Suhaimi bertugas di khemah lelaki.
En. Abd Karim (tauke susu kambing) sempat berkaroeke menyampaikan lagu 60an.
En. Roshidi (biras En. Karim) tak mahu kalah, turut menyanyi juga.
Penyudahnya anak teman juga turut berkaroeke. Mereka menutup persembahan pada hari tersebut. Kenduri tamat pukul 4.00 petang. Walaupun keletihan tetapi hati kami cukup puas kerana hajat yang dicita tercapai.