Powered By Blogger

Sunday, October 3, 2010

JAMUAN HARI RAYA TAMAN IMPIANA 2010

Pengerusi RT Taman Impiana (Ustaz Asmawi) sedang berucap.



JK Bhg Memasak sedang sibuk membuat persiapan


























Thursday, November 20, 2008

Sekarang saya bertugas di SK Karai, 33600 Enggor, Perak mulai 16/2/2011. Sebuah sekolah luar bandar Gred A yang terletak lebih kurang 10km dari bandar K.Kangsar. Berikut ialah beberapa gambar sekolah yang sempat saya ambil.


TAQWA DARJAT PALING MULIA DI SISI ALLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Karai terletak 10 kilometer dari bandar Kuala Kangsar merupakan sekolah yang terawal dalam negeri Perak. Ia terletak di atas lot 240, 2613 dan 2569 Mukim Kota Lama Kanan dengan keluasan 3e or 30p. Kedudukannya berhampiran dengan Jambatan Victoria iaitu jambatan keretapi serta berhampiran dengan Sungai Perak.

Pada masa Perang Dunia Kedua, bangunan sekolah berhampiran Sungai Perak yang dibina pada tahun 1900 ini telah dijadikan pusat pertahanan tentera Jepun. Masih terdapat kesan-kesan kubur mangsa peperangan di kawasan ini. Walau bagaimanapun bangunan ini telah dirobohkan untuk dijadikan kawasan padang sekolah.

Pada permulaannya sekolah ini mempunyai 3 jenis bangunan kekal. Bangunan pertama beratap genting dan berdinding batu, bangunan kedua bertiang batu dan berdinding tepas buluh sementara bangunan ketiga adalah beratap genting dan berdinding tepas buluh juga. Ketiga-tiga bangunan ini mempunyai sembilan bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Sekolah ini terbahagi kepada dua jenis sekolah yang berasingan iaitu Sekolah Melayu Lelaki dan Sekolah Melayu Perempuan. Guru Besar yang pertama ialah En. Dapat sementara sekolah perempuan tidak dikenalpasti pentadbirnya. Akhirnya sekolah ini disatukan dibawah satu pentadbiran.

Pada tahun 1932, sekolah ini telah dijadikan pusat Sekolah-Sekolah Rendah Aliran Melayu dalam daerah K.Kangsar. Ramai murid datang ke sekolah ini untuk menyambung pelajaran ke darjah 6. Pihak Inggeris telah membina bangunan dua tingkat bagi menampung keperluan tersebut. Bangunan ini digunakan sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1978, sebuah bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan 8 bilik darjah, bilik guru, kantin, bilik guru besar siap dibina. Dalam tempoh menunggu kelulusan, pembelajaran dijalankan dalam 2 sesi serta menggunakan bangunan Madrasah Kampung Karai. Bangunan ini mula digunakan pada 1 Januari 1980.

Dengan pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib pada tahun 2001, Sekolah Kebangsaan Karai telah mengalami kekurangan murid secara mendadak. Hampir 100 orang murid yang duduk berdekatan dengan SK Kampung Nasib bersekolah di sana.

Pada tahun 2003, bangunan makmal komputer dibina sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat di negara ini. Ia banyak memberi manfaat kepada guru-guru dan murid sekolah ini.

Sehingga kini SK Karai mempunyai 22 orang guru, 8 orang kakitangan sokongan serta 2 orang Jaga swasta.